top of page

5.1 : PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

5.2.1  DEFINISI DAN KONSEP LAMAN WEB

 

  • Laman web atau lebih popular bagi masyarakat kita sebagai website atau web site mengandungi kandungan seperti teks, imej, audio, video atau lain-lain yang telah dihoskan pada sekurang-kurang satu pelayan web(web hosting).

  • Biasanya laman web boleh dicapai dengan menggunakan rangkaian seperti Internet atau rangkaian kawasan setempat swasta (private local area network).

  • Kesemua ruangan laman web yang boleh diakses oleh orang awan secara kolektif membentuk World Wide Web(WWW).

5.2.2  PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB (menggunakan www.wix.com)

 

LANGKAH 1

  • Sebelum kita membuat sesuatu laman web, kita harus mempunyai satu alamat e-mail yang masih aktif (sebaiknya kita memiliki satu alamat e-mail di gmail atau yahoo).

  • Buka laman web . Kemudian klik pada Sign up.

 

 

LANGKAH 2

  • Setelah anda klik pada Sign up, anda akan diminta untuk mendaftar. 

  • Masukkan emel dan password anda untuk sign in sebagai ahli baru(i'm a new user) di www.wix.com. (Boleh juga sign in dengan hanya menggunakan akaun facebook atau gmail anda).

  • Selepas itu, klik pada butang Go.

 

 

LANGKAH 3

  • Apabila keluar tatapan di bawah( di bahagian kanan laman web), ini bermakna anda sudah berdaftar.

 

 

 

 

 

 

 

  • Seterusnya, anda akan diminta untuk memilih kategori atau jenis laman web yang akan anda hasilkan.

  • Untuk pengetahuan anda, kategori ini boleh ditukar pada bila-bila masa. Jadi, anda boleh pilih mana-mana kategori atau jenis laman web terlebih dahulu.

  • Klik butang Go setelah selesai memilih.

 

 

LANGKAH 4

  • Selepas itu, anda akan diminta untuk pilih template atau tema laman web anda.

  • Klik pada butang edit sekiranya anda sudah memilih template yang anda sukai.

 

 

LANGKAH 5

  • Paparan seperti di bawah akan muncul. Di sini, anda sudah boleh mengubah suai template sedia ada tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

  • Butang-butang aplikasi(bahagian kiri laman web) mempunyai pelbagai fungsi seperti mengubahsuai, menghias laman web, memuat turun data-data (gambar, pdf,video,audio) dan sebagainya ke dalam laman web anda.

 

LANGKAH AKHIR

  • Sekiranya anda sudah selesai mengubah suai dan menyiapkan laman web anda. Anda hendaklah klik pada butang " Publish " (pada bahagian kiri laman web) untuk mengiklankan laman web anda ke semua enjian pencari.

  • Hal ini untuk memastikan laman web anda dapat dicari dan ditemui oleh pengunjung di mana-mana enjin carian!

  • ​Tetapi, jika anda belum bersedia untuk publish laman web anda, klik Save terlebih dahulu supaya laman web yang sudah separuh diubahsuai tersebut tidak hilang.

  • Selain itu, anda juga boleh klik pada Preview untuk melihat paparan laman web anda sebelum dipublishkan.

 

 

  • Berikut adalah laman web yang sudah siap.

 

5.2.3  CONTOH TAPAK LAMAN YANG SESUAI UNTUK MEMBINA LAMAN WEB

 

  • Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.

  • Antaranya ialah:

  1. www.weebly.com

  2. www.yola.com

  3. www.blogger.com

 

 

© 2023 by NadiaAidill. Proudly created with Wix.com
  • c-facebook
bottom of page