TAJUK 2: MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
-
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,video, grafik dan teks.
-
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
TUGASAN :
-
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh didapati di internet khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru, guru bahasa Melayu perlu memanfaatkan bahan-bahan tersebut dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid-murid. Bahan yang diperoleh hendaklah dikategorikan mengikut tiga kemahiran bahasa iaitu lisan, membaca dan menulis. Oleh itu, dalam minggu kedua ini, pelatih diberikan dua tugasan yang perlu dilaksanakan. Bagi tugasan A disediakan berdasarkan arahan berikut:
-
Cari 7-10 bahan berbentuk audio untuk setiap kemahiran bahasa.
-
Cari 7-10 bahan berbentuk video untuk setiap kemahiran bahasa.
-
Cari 7-10 bahan berbentuk grafik untuk setiap kemahiran bahasa.
-
Cari 7-10 bahan berbentuk teks untuk setiap kemahiran bahasa.
(kecuali kemahiran lisan).
-
Tugasan B pula adalah seperti berikut:
-
Mengumpul dan menyusun bahan yang diperoleh di tugasan A ke dalam folder mengikut kemahiran bahasa (lisan, membaca dan menulis).
