top of page

2.3 : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

  • Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

  • Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

  • Bagi kemahiran menulis, bahan-bahan yang boleh digunakan ialah teks, bahan grafik,  audio dan video.

2.3.1  Contoh Bahan Teks

  • Penggunaan bahan teks boleh diaplikasikan dalam pengajaran dengan cara menyediakan latihan mudah seperti membina ayat, susun ayat,  isi tempat kosong, teka silang kata dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Berikut ialah contoh lain bagi bahan teks yang sesuai untuk kemahiran menulis :

2.3.2  Contoh Bahan Grafik

  • Bahan grafik pula berbentuk gambar yang boleh merangsang murid untuk menulis berdasarkan apa yang mereka lihat.

  • Guru boleh memaparkan gambar terlebih dahulu. Kemudian, guru meminta murid membuat ayat pendek atau penulisan karangan berdasarkan gambar yang dipaparkan.

  • Di situ, murid dapat menyampaikan idea dalam bentuk penulisan di samping meningkatkan tatabahasa mereka.

a) Mari berkebun

b) Buah-buahan

c) Hari Raya Aidilfitri

d) Pakaian tradisional

e) Gasing

f) Perkelahan

g) Menara Berkembar Petronas

h) Air Terjun

2.3.3  Contoh Bahan Video

a) Gagak Yang Bijak

b) Telur Sebiji Riuh Sekampung

c) Menulis huruf kecil

d) Hikayat Sang Kancil dan Monyet

e) Bangun Pagi Gosok Gigi

f) Pencemaran Sungai

g) Anak Rusa Nani

  •  Cara menggunakan bahan ini ialah dengan memaparkan bahan video tersebut terlebih dahulu kepada murid. Kemudian, guru boleh meminta murid mencatatkan isi-isi penting yang boleh diambil daripada video tersebut.

  • Selain itu, guru juga boleh meminta murid membuat penulisan karangan berdasarkan video seperti cerita dongeng kanak-kanak.

  • Berikut ialah bahan video bagi kemahiran menulis :

  • Berikut ialah bahan grafik bagi kemahiran menulis :

© 2023 by NadiaAidill. Proudly created with Wix.com
  • c-facebook
bottom of page